Kasih sayangnya tidak terhingga.. saya pasti akan merinduinya – Nazir Razak


“Kasih sayangnya tidak terhingga, dia sentiasa ada tidak kira tempat dan masa.”

Putera bongsu kepada Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah, Datuk Seri Nazir Razak, meluahkan rasa isi hatinya dengan memuat naik foto kegemaran bersama ibunya.

“Ini adalah foto kegemaran saya dan ibu kerana ia merangkumi semua kebaikannya kepada kami dan juga kepada orang lain,” tulisnya di laman Instagram.

Nazir berkata, ibunya sentiasa menyokongnya walau apa pun terjadi dan sentiasa mengajarnya walaupun kini beliau mengakui sudah lupa bagaimana untuk membalut ketupat.

“Beliau mempunyai personaliti yang hebat. Apabila anda mengenalinya, anda secara naluri pasti ingin menyenangkannya walaupun beliau tidak pernah meminta, “ tulisnya lagi.

Nazir juga memaklumkan, ibunya itu segala-galanya buat dirinya.
“Saya pasti akan merinduinya,” katanya lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker