Telekung Suqainah Lite tiru Telekung Siti Khadijah – Mahkamah

Telekung Suqainah Lite tiru Telekung Siti Khadijah – Mahkamah

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan Telekung Suqainah Lite milik Airaz Technologies Sdn Bhd meniru dan melanggar reka bentuk Telekung Siti Khadijah Harmoni milik Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

Melalui keputusan kes saman pada 8 Februari lalu, Mahkamah Tinggi mendapati Telekung Suqainah Lite milik Airaz Technologies selaku plaintif meniru dan melanggar reka bentuk Telekung ‘Harmoni’ milik Padzilah Enda dan Siti Khadijah Apparel selaku defendan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Azlan Sulaiman dalam keputusannya yang dikeluarkan Isnin lalu berkata, selepas membuat penelitian ke atas sampel Suqainah Lite dan membandingkannya secara visual dengan reka bentuk ‘Harmoni’, beliau mendapati ciri-ciri penting ‘Harmoni’ turut ada pada Suqainah.

Azlan berkata, mahkamah mendapati, peniruan telekung reka bentuk ‘Harmoni’ yang sudah dijual dan boleh didapati di pasaran sebelum plaintif menjual Suqainah.

Dalam saman balas difailkan pada 14 Disember 2022, Siti Khadijah Apparel yang diwakili peguam Ahmad Hafiz Zubir dan Iman Danial Hakim mendakwa terdapat persamaan ketara melalui reka bentuk, corak di bahagian kepala dan dagu Telekung Suqainah Lite Airaz yang meniru Telekung Harmoni Siti Khadijah.

Siti Khadijah Apparel mendakwa tindakan Airaz Technologies yang menjual, mengiklan dan mengedarkan Telekung Suqainah Lite Airaz melanggar hak reka bentuk perindustriannya kerana meniru dan menciplak reka bentuk telekung miliknya.

Sehubungan itu, Siti Khadijah Apparel memohon perintah perisytiharan bahawa Airaz Technologies melanggar reka bentuk perindustrian reka bentuk telekungnya mengikut Seksyen 32 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

Sementara itu, peguam Ahmad Hafiz ketika dihubungi berkata, mahkamah mendapati terdapat peniruan jelas yang dilakukan oleh Airaz Technologies melalui reka bentuk telekung terbabit.

Ahmad Hafiz berkata, mahkamah juga mendapati terdapat usaha mencukupi oleh anak guamnya dalam penghasilan dan pembuatan telekung Siti Khadijah Harmoni yang menjadikannya rekaan baharu dan asli.

Peguam itu berkata, pada masa sama , mahkamah menolak saman utama, iaitu permohonan Airaz Technologies untuk membatalkan pendaftaran reka bentuk Perindustrian Telekung Harmoni Siti Khadijah yang difailkan pada 2 Jun 2022.

Katanya, dalam prosiding hari ini, mahkamah memerintahkan Airaz Technologies membayar kos sebanyak RM70,000 dan akan menetapkan tarikh bagi mendengar hujahan taksiran ganti rugi yang perlu dibayar oleh Airaz Technologies.

Mahkamah turut menolak saman utama, iaitu permohonan Airaz Technologies untuk membatalkan pendaftaran reka bentuk Perindustrian telekung ‘Harmoni’ yang difailkan pada 2 Jun 2022.

Dalam keputusannya, Azlan mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Airaz Technologies melanggar reka bentuk perindustrian berdaftar Siti Khadijah di bawah seksyen 32 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

Azlan juga memerintahkan Airaz Technologies membayar ganti rugi am, ganti rugi pengajaran dan ganti rugi teruk yang akan ditaksirkan kemudian.

Secara alternatifnya, mahkamah memerintahkan akaun keuntungan berdasarkan hasil jualan reka bentuk telekung Airaz di bawah sub-jenama Suqainah dan sebarang reka bentuk lain yang meniru reka bentuk perindustrian telekung Harmoni, ditaksirkan mahkamah.

Dalam keputusannya, Azlan berkata Airaz Technologies gagal mengemukakan butiran mencukupi berhubung reka bentuk industri telekung Siti Khadijah yang dinyatakan plaintif bukan sesuatu yang asli atau baharu.

Katanya, plaintif juga gagal mengemukakan butiran terperinci telekung reka bentuk ‘Harmoni’ yang didedahkan kepada umum sebelum defendan mendaftarkan setiap reka bentuk perindustrian, yang dikatakan mempunyai kekurangan kualiti bagi menjadikannya asli atau baharu.

“Saya juga mendapati plaintif gagal mengemukakan apa-apa ketika perbicaraan, sampel mana-mana telekung atau spesimen fizikal yang didedahkan kepada awam atau yang sudah berada di pasaran, yang didakwa kekurangan ciri-ciri keaslian atau baharu. HM

Telekung Suqainah Lite tiru Telekung Siti Khadijah – Mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker