Didenda RM2,500 kepada jurugambar kerana simpan video lucah kenalan wanita

KUALA LUMPUR: Seorang jurugambar sambilan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki video lucah kenalan wanitanya yang merupakan warganegara Perancis dalam telefon bimbit, tahun lepas.

Majistret M Saravanan menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Danish Abdul Rahim, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa memiliki satu video lucah di dalam telefon bimbit miliknya di sebuah kondominium di Taman Sri Endah, Cheras pada 2 pagi 2 Okt 2019 mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dirogol Bergilir-Gilir Kenalan WeChat

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi memohon hukuman setimpal kerana tindakan tertuduh mengaibkan mangsa.

“Mahkamah perlu mengambil kira video itu telah tersebar di dalam laman sesawang lucah,” katanya.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung ibu bapanya dan memohon maaf serta menyesal dengan kesalahan dilakukan.

Letak kamera dalam tandas asrama pekerja, pelajar didenda RM2,500

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker