Pemilihan Ketua Pembangkang Wajar Ditangguhkan Selepas PRK Cameron Highland

Saya tidak pasti sama ada keputusan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk mengundurkan diri dari jawatan Presiden UMNO akan memberi kesan kepada kedudukan beliau sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Begitu pun, politik negara kita sudah panas dengan tindakan seorang ahli parlimen ini yang dikatakan ke hulu ke hilir mempromosikan dirinya untuk mengisi jawatan itu sekalipun dari segi parti – melainkan ada sejarah kalah bertanding, beliau ini tidak mempunyai apa-apa jawatan tinggi parti yang dipegang.

Mengikut hierakinya, jawatan Ketua Pembangkang adalah setaraf dengan Menteri dan penyandangnya biasa dipilih dari kalangan pemimpin parti yang mempunyai kerusi paling banyak.

Sepatutnya perkara ini tidak menjadi isu kerana sekalipun Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan bukan seorang ahli parlimen, dua lagi Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri adalah ahli parlimen yang boleh dilantik ke jawatan itu.

Paling tidak, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pun boleh dan pernah dilantik ke jawatan tersebut.  Kalau susah sangatlahkan.

Kalau nak juga dilangkau “kekananan” sedia ada, pemilihan jawatan Ketua Pembangkang wajar diadakan selepas PRK Cameron Highland.  Dalam proses PRK tersebut, sesiapa yang rasa dirinya layak untuk menggantikan Zahid sebagai Ketua Pembangkang, boleh menunjukkan kebolehan masing-masing disitu.

Ini, kalau yang berhajat tu saya tengok hentam parti lawan dan regim sedia ada hampir kata tidak pernah.  Semua keputusan yang dibuat regim, baik-baik saja semuanya, nak jadi Ketua Pembangkang macam mana?  Walhal berapa banyak janji yang tak dilaksanakan regim, kenapa tak pernah nak disentuh.

Tempat sendiri dibatalkan pembinaan RTC pun, tak dibantah apa-apa sekalipun rakyat merungut, boleh ke?

Sebab itu disarankan buktikan kemampuan tu di PRK Cameron Highland, atau, elok ikut aturan sedia ada saja, tak payah gaduh-gaduh.Tak habis-habis nak bergaduh saja pulak sekarang ni, kerja bila nak jalan?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker