Alif Satar tarik diri sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era
Artis serba boleh, Alif Satar mengumumkan penarikan dirinya sebagai pengacara acara Anugerah MeleTOP Era (AME).
Keputusan penarikan diri itu dibuat Alif selepas memikirkan dia perlu memberi tumpuan yang lebih kepada kesihatannya selepas pulih daripada jangkitan pandemik COVID-19.
Secara peribadi, Alif berpendapat, dia perlu mengambil berat tahap kesihatannya memandangkan peranan sebagai hos acara berkenaan bukan sesuatu yang boleh dipandang mudah.
Alif pada awalnya disenaraikan sebagai pengacara bersama-sama dengan Nabil Ahmad serta Jihan Muse.
AME akan berlangsung pada 20 Disember ini (Ahad) di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.
Selepas Alif Satar disahkan positif COVID-19, ibu dan ayah penyanyi berkenaan juga disahkan dijangkiti pandemik berkenaan.
Datuk Alif Satar yang berusia 91 tahun turut disahkan positif Covid-19.
Bagaimanpun mereka semua telah pulih setelah dirawat di hospital selama dua minggu.
Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Sha Dila Halid dan tiga anaknya tidak dijangkiti wabak pandemik Covid-19.
Habislah Nabil, MeleTOP jemput Azwan Ali
You must be logged in to post a comment.