Habislah Nabil, MeleTOP jemput Azwan Ali · MYKMU.NET

Habislah Nabil, MeleTOP jemput Azwan Ali

Share

“Habislahh” – Diundang Jadi Tetamu MeleTOP, Netizen Tak Sabar Pertemuan Azwan Ali & Nabil

‘Perbalahan’ di antara pengacara terkenal Azwan Ali dan Nabil sejak malam Ahad lalu mengundang cakap-cakap netizen sehingga ke hari ini.

Pada malam Ahad lalu, Nabil yang mengacarakan program Gegar Vaganza 7 (GV7) dikatakan memerli dan meniru gaya Azwan yang kini kembali dalam bidang pengacaraan.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 37, yang mengeluarkan ayat seperti ‘cliche’ dan ‘selfie stick’ pada siaran langsung konsert minggu keenam itu dikatakan ditujukan pada Azwan yang turut mengacarakan sebuah program hiburan pada waktu yang sama.

Malah, wargamaya telah melabel Nabil sebagai kurang ajar serta tidak menghormati Azwan yang merupakan senior dalam bidang pengacaraan.

Sehubungan dengan itu, Azwan akan diundang untuk menjadi salah seorang tetamu program MeleTOP, yang dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Cik Manggis.

Meninjau ke laman Instagram MeleTOP, ramai netizen tidak sabar untuk menyaksikan pertemuan di antara Azwan dan Nabil.

Malah, ramai yang mahukan tertanya-tanya apakah yang akan terjadi pada pertemuan Azwan dan Nabil pada malam ini.

“Apa yang berlaku? Adakah Nabil akan jadi pengacara malam karang?” komen seorang wargamaya.

“Habislah Nabil,” usik seorang wargamaya.

“Kita tengok sape kena bahan sape,” kata seorang wargamaya.

“Tiberrr ja MeleTOP jemput Diva AA?” tanya seorang wargamaya.

“Harap Nabil adalah malam ni,” tulis seorang wargamaya lagi.

Selain Azwan, antara selebriti yang turut dijemput sebagai tetamu pada malam ini adalah Sufian Suhaimi, Jasmine Suraya, Khir Rahman, Imuda, Michael Ang, Uqasha Senrose dan ramai lagi.

Program MeleTOP bersiaran pada jam 9 malam di saluran Astro Ria (104). Gempak

‘Kejap Lagi Kena La Tu’ Nabil Berani Perli Diva AA, Sekali Azwan Ali Komen..Amekaw..Kan Dah Dapat…

Leave a Reply