ASD2021 terpaksa dihentikan kerana banjir kilat

ASD2021 terpaksa dihentikan kerana banjir kilat

Anugerah Drama Sangat 2021 (ASD2021) yang julung kali dianjurkan terpaksa dihentikan apabila lokasi acara itu iaitu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, mula dimasuki air banjir.

Jabatan Perhubungan Awam TV3 mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan, lima anugerah yang belum sempat diumumkan akan diumumkan secara langsung dalam rancangan Melodi, esok.

“Pihak pengurusan Media Prima memohon maaf di atas penangguhan ASD2021. Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda WTC, tempat di mana acara ini berlangsung.

“Penyampaian anugerah lima kategori iaitu Anugerah Drama Popular, Anugerah Pesona Bintang, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Drama Terbaik dan Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama akan diumumkan dalam Melodi secara langsung pada Ahad, jam 12 tengah hari,” katanya.

Malam tadi, sembilan anugerah sempat disampaikan secara langsung iaitu Pelakon Antagonis Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Drama Adaptasi Novel Terbaik, Babak Tular Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Drama Mandarin Terbaik. HM

ASD2021 terpaksa dihentikan kerana banjir kilat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker