Palsukan keputusan Covid-19, Polis buru 7 suspek

Polis sedang mengerakkan usaha bagi memburu tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam pemalsuan keputusan Covid-19 di Rawang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kesemua suspek telah menghilangkan diri selepas diminta pengesahan dari klinik.

“Siasatan dibuat selepas satu laporan polis diterima berkenaan isu tersebut pada Jun lepas.

“Kesemua suspek sedang dikesan termasuk pihak yang memberikan keputusan yang asal untuk digunakan oleh suspek,”

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini hari ini berhubung sebuah klinik swasta di Rawang membuat laporan polis kerana mendapati keputusan Covid-19 yang dikemukakan kepada mereka palsu.

300 Klinik Swasta Gulung Tikar

Pengasas SP Care Dr Sathia Prakash Nadarajan sebelum ini berkata bahawa mereka telah mengenal pasti hampir 20 kes pemalsuan keputusan Covid-19 sejak Jun.

“Setiap kali, kami buat ujian Covid-19 terhadap seorang individu, keputusannya akan disalin dalam bentuk dokumen yang mempunyai maklumat individu serta nombor rujukan dari klinik kami.

“Setiap individu mempunyai mempunyai nombor rujukan berbeza.

“Namun, sejak kebelakangan ini kami mendapati terdapat pemalsuan dokumen, di mana beberapa pihak tidak bertanggungjawab memalsukan (tukar) nama individu dalam dokumen keputusan Covid-19,” kata Prakash.

Dia turut mengesahkan bahawa pihaknya telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, Arifai berkata tujuh suspek tersebut menggunakan dokumen yang dipalsukan untuk bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Pontian, Johor.

“Namun, apabila pihak syarikat menghendaki keputusan ujian Covid-19 dan meminta pengesahan dari klinik yang mengeluarkannya, kesemua suspek tersebut telah menghilangkan diri pada hari tersebut (selepas, klinik mengesahkan dokumen tersebut sebagai palsu),” kata Arifai sambil menambah bahawa kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

 

Hanya pakar layak lakukan sedut lemak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker