Jumpa Dadah Dalam Bot Hanyut

MAJURO, KEPULAUAN MARSHALL – Pasukan polis menjumpai sejumlah besar dadah jenis kokain di dalam sebuah bot yang dipercayai ditinggalkan beberapa tahun sebelum hanyut di sebuah pulau terpencil di Kepulauan Marshall baru-baru ini.

Penemuan tersebut dipercayai merupakan yang terbesar pernah dijumpai di negara kepulauan tersebut.

Sebuah bot yang dijumpai terdampar di Pulau Ailuk minggu lalu. – AFP/ JABATAN POLIS KEPULAUAN MARSHALL

Peguam Negara, Richard Hickson berkata, sebanyak 649 kilogram kokain dijumpai dalam ruangan tersembunyi di bot gentian kaca berukuran 5.5 meter itu di kawasan pulau Ailuk minggu lalu.

Menurut Hickson, bot berkenaan dipercayai hanyut di Lautan Pasifik dari Amerika Tengah atau Amerika Selatan dan ia mungkin sudah berada di laut selama satu atau dua tahun.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kesemua dadah yang dibungkus dalam paket seberat satu kilogram itu telah dilupuskan pada Selasa lalu.

Jurucakap polis berkata, dua daripada paket dadah berkenaan dihantar ke Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat untuk dianalisis.

Dalam pada itu, banyak sisa barangan sering dihanyutkan arus Lautan Pasifik dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan selepas beberapa bulan atau tahun berada di laut.

Ia termasuk pelbagai jenis dadah yang hanyut di perairan Kepulauan Marshall sejak dua dekad lalu.

Pihak berkuasa mempunyai pelbagai teori mengenai lokasi asal dadah tersebut termasuk ia ditinggalkan penyeludup yang lari daripada serbuan di laut atau hilang dalam ribut.

Pada bulan Januari 2014, seorang nelayan warga Salvador, Jose Alvarenga dijumpai terdampar di kepulauan berkenaan selepas lebih 13 bulan dia berlayar dari Pantai Barat Mexico bersama seorang rakan yang meninggal dunia ketika hanyut.

Selepas penemuan tersebut, Universiti Hawaii melakukan kajian dengan membuat 16 simulasi hanyut dari pantai Mexico dan hasil daripada penyelidikan itu mendapati hampir kesemuanya berakhir di Kepulauan Marshall. – AFP

Covid-19 tiba di Marshall Islands

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker