[VIDEO] Rakaman Audio Tom Cruise Berang “I See You Do It Again You ‘ re F***ing Gone!” Dengan Kru Produksi Langgar SOP COVID-19 Tersebar

Jika sebut sahaja mengenai pelakon terkenal antarabangsa Tom Cruise, siapa sahaja yang tidak kenal? Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila klip audio Tom Cruise melontarkan kata-kata kesat kepada kru produksi bagi filem Mission: Impossible 7 tersebar.

Difahamkan pelakon tersebut berang selepas melihat dua kru produksi bagi filem tersebut kerana tidak mematuhi protokol kesihatan COVID-19 di mana mereka dilihat berdiri terlalu dekat antara satu sama lain di hadapan skrin komputer seperti dilaporkan beberapa portal hiburan luar negara.

Audio berdurasi sekitar dua minit itu pertama kali dilaporkan The Sun sebelum tular di media sosial dan menjadi antara salah satu topik perbincangan hangat netizen sejak awal pagi tadi.



AUDIO DIBAWAH:-

Menurut akhbar The Sun, Tom mengamuk dan marah pada dua orang kru filem yang terlibat yang tidak menjaga penjarakan sosial ketika di set penggambaran.



You’re f**king gone if it happens again,” jerit Tom Cruise kepada kru yang berada kurang daripada 6 kaki (1.8meter) antara satu sama lain.
Ianya mungkin nampak seperti perkara kecil tetapi pelakon tersebut mahu memastikan seluruh produksi filem tersebut mematuhi segala keselamatan yang ditetapkan untuk mengelak daripada jangkitan Covid.

Seperti yang dilaporkan oleh TMZ, Tom Cruise berhadapan dengan tekanan daripada Hollywood, terutamanya studio dan syarikat-syarikat insuran yang melabur untuk filem Mission Impossible bagi mengelakkan sebarang wabak Covid-19 daripada merebak.

“I’m on the phone with every f***ing studio at night, insurance companies, producers, and they’re looking at us and using us to make their movies.
“We are creating thousands of jobs you m****r f***ers. I don’t ever want to see it again, ever! And if you don’t do it you’re fired, and I see you do it again you’re f***ing gone,” jerit Tom Cruise dalam satu rakaman audio yang disiarkan di akhbar The Sun

Dalam rakaman berkenaan, Cruise dapat didengari menggunakan suara bernada tinggi ketika memarahi kru produksi filem terbaru daripada francise Mission Impossible itu.



“Mereka kini dapat kembali ke Hollywood membuat filem ketika ini kerana kita. Kerana mereka percaya pada kita dan apa yang kita sedang lakukan.

“Setiap malam aku menghubungi studio-studio di luar sana, syarikat insurans, produser, dan mereka berharap kepada kita untuk membuat filem mereka.

“Kita menghasilkan beribu pekerjaan kepada mereka di luar sana, celaka, aku tidak mahu melihat perkara ini berlaku lagi!

“Aku tidak mahu melihatnya lagi (pelanggaran SOP COVID-19), jika aku lihat kamu lakukan perkara itu lagi, anda akan hilang pekerjaan dan jika saya lihat terdapat kru lain yang melakukannya, anda juga akan hilang pekerjaan.



“Itu sahaja, dan kau, kau dan kau juga jangan lakukan perkara celaka ini lagi. Tiada maaf buat kalian, kamu boleh meminta maaf dengan mereka yang kehilangan kerja dan kehilangan rumah kerana industri kita tidak boleh berjalan ketika ini.

“Situasi ini tidak akan memberi mereka makan atau menanggung perbelanjaan anak-anak mereka. Itu apa yang aku fikirkan sebelum tidur setiap malam. Memikirkan masa depan industri ini.

“Jadi, maaf. Aku tidak boleh lagi diminta maaf, aku sudah beritahu kamu sebelum ini dan sekarang aku mahu kamu lakukan perkara itu dan jika kamu tidak melakukannya, kamu akan dipecat dari sini.

“Kita tidak akan menghentikan penggambaran filem ini. Adakah kamu semua faham? Jika aku melihat situasi ini lagi kamu semua akan dipecat. Begitu juga kau, dan kau,” lontar Cruise dalam nada marah.



Tindakan pelakon tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian sebelum klip audio tersebut tular di media sosial.

Anggota kakitangan lain yang berada di Warner Bros. Studios di Leavesden, Hertfordshire telah terdiam selepas pelakon tersebut memaki hamun krew produksi tersebut.

Difahamkan, sesi pengambaran bagi filem tersebut sudah banyak kali ditunda disebabkan wabak COVID-19 iaitu sewaktu perjalanan kumpulan produksi dan pelakon filem tersebut ke seluruh Eropah.

Setelah kembali ke United Kingdom dua minggu yang lalu, pelakon tersebut telah berusaha bagi memastikan tiada sebarang isu yang dapat menyebabkan kelewatan pengambaran filem tersebut.



Beliau telah dilihat sentiasa memakai pelitup muka di set pengambaran dan sentiasa perhati akan sesiapa yang melanggar protokol kesihatan COVID-19.- The Vocket

Kredit: The Sun & TMZ

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker