Kenapa Ya!? Isteri Addy Kana Macau Scam Selamber Bagi Saguhati Barang Mahal Berjenama DIOR Di Kaunter SPRM…
Instagram Datin Alyaa_syuhaila dikatakan memprovok SPRM, Isteri Addy Kana Macau Scam Selamba Bagi Saguhati Barang Mahal Berjenama DIOR Di Kaunter SPRM. Betul-betul Menganjing Nampaknya
Ulasan dari seorang pemilik akaun Instagram – dprofessor
“Tak payah nak show off sangat, netizen dah tahu suami kau kat mana, netizen dah btahu hasil kekayaan kau dari mana, so sudah2 lah nak tegakkan benang yang basah, cukup bukti dah pun 2 tahun kat dalam, tuhan dah bagi peuang masik bongkak lagi tu.. ni lag pujaan hati manusia2 bodoh zaman skrg.. suap selagi boleh, jangan tanya kalau netizen memandang jabatan kerajaan tiada integriti sebab orang senang2 mencemarkan imej jabatan dan tiada tindakan.”
Terdahulu
Arikel pada 30 November 2020
Kuala Lumpur: Dalang utama kegiatan perjudian dalam talian, Alvin Goh dan Addy Kanna, bersama dua lagi anggota polis ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.
Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong, akan ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis.
Semua hukuman tahanan selama dua tahun itu diputuskan Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Jumaat lalu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Terdahulu, Alvin dan Addy ditahan pada 2 dan 3 Oktober lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang mensasarkan mangsa di China dan bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.
SPRM turut menahan dan soal siasat beberapa selebriti terkenal, pegawai dan anggota polis yang melindungi sindiket ini.
Sumber – Instagram/twitter / hmetro