Maut selepas beli persiapan raya

Maut selepas beli persiapan raya

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan selepas membeli barangan persiapan Aidilfitri bersama isterinya di Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.35 tengah hari itu, Mohd Izzat Najmi Mohd Zain, 25, maut di tempat kejadian, manakala isterinya, Azra Nurmazmira Mazlan, 25, cedera.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Norahpandi Samsudin, berkata pihaknya menerima panggilan jam 1.35 tengah hari sebelum sepasukan 13 anggota bersaam dua jentera fire rescue tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dan Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kejadian berhampiran Kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) itu membabitkan sebuah kereta Perodua Axia dan lori.

“Suami wanita itu yang memandu kereta disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagaimanapun, pemandu lori, Wong Wei Hua, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi ditamatkan jam 3.10 petang,” katanya. BH



Maut selepas beli persiapan raya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker