Rompak ahli perniagaan tak bayar hutang, 6 ditahan

Polis menahan enam lelaki selepas disyaki memukul dan melarikan wang tunai RM18,500 daripada seorang ahli perniagaan kerana gagal membayar hutang berjumlah RM500,000.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam, mangsa berada di pejabatnya di Pandan Perdana bersama dua rakan perniagaan dan pemandunya sebelum didatangi kumpulan lelaki terbabit yang mahu berbincang tentang wang dipinjam ahli perniagaan berusia 56 tahun itu.

“Mangsa bagaimanapun tidak dapat menjelaskan hutang itu lalu dipukul sehingga mengalami bengkak di bahagian mata kiri serta cedera di kepala dan hidung,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, wang tunai milik mangsa turut dilarikan kumpulan lelaki terbabit.

Azam berkata, bertindak atas laporan, semua lelaki tempatan berumur 30 hingga 38 tahun itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah kondominium di Puchong, awal pagi tadi.

Beliau berkata, semua suspek negatif ujian saringan dadah, namun empat daripada mereka mempunyai antara satu hingga empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Menurutnya, semua suspek direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak berkumpulan sehingga mendatangkan kecederaan.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker