Intai bini orang dalam tandas, remaja gersang diberkas

Polis Ranau menahan seorang remaja lelaki selepas disyaki mengintai serta merakam seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak pada 29 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, siasatan mendapati suspek berusia 19 tahun itu bertindak merakam mangsa di dalam tandas menggunakan telefon bimbit miliknya.

Katanya, mangsa dan suaminya dalam perjalanan ke Kota Kinabalu sebelum berhenti seketika di stesen minyak itu untuk berehat dan menggunakan tandas.



“Bagaimanapun, terdapat pergerakan mencurigakan di atas dinding tandas ketika mangsa sedang membuang air kecil dan mengesan sebuah telefon sedang membuat rakaman.

“Mangsa wanita itu kemudiannya bergegas keluar dari tandas dan mengenal pasti lelaki disyaki melakukan rakaman berkenaan sebelum remaja itu diatahan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Simiun berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah (OKKNS).

 



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker