Geng Mizan Gila tumpas

KULIM – Geng Mizan Gila yang aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah tumpas susulan penahanan lapan lelaki termasuk ketua kumpulan itu dalam operasi khas di Yan serta Sungai Petani dekat sini sejak kelmarin.

Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 45 tahun ditahan polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim mulai pukul 5.30 petang, kelmarin lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, tangkapan tersebut berjaya menyelesaikan dua kes pecah kedai di kawasan MBI dan satu kes samun stesen minyak di sini pada awal bulan ini dengan kerugian kira-kira RM297,000.

Katanya, ketua kumpulan berusia 45 tahun yang mempunyai 27 rekod jenayah lampau antaranya berkaitan dadah, samun dan pecah rumah ditahan di Pantai Murni, Yan kira-kira pukul 5.30 petang, kelmarin

“Kita merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barang curi dan samun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE

Geng 36 Malik Selayang tumpas, ketua kumpulan dicekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker