Senarai nama 5 EXCO Perak yang baru

1 muka baru antara 5 EXCO Perak angkat sumpah

Setiausaha PPBM yang juga ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin antara lima EXCO mengangkat sumpah di depan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah sebentar tadi.

Zainol yang dilantik sebagai EXCO kanan ialah bekas penasihat menteri besar bertaraf EXCO yang dilantik di bawah pentadbiran Ahmad Faizal Azumu sebelum ini.

Turut dilantik semula ialah empat EXCO di bawah pentadbiran terdahulu, Zolkafly Harun (Lintang), Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Menteri besar baru Perak Saarani Mohamad berkata mereka mengangkat sumpah pada jam 2.30 petang ini setelah mendapat perkenan sultan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari UMNO Khairul Shahril Mohamed, turut menyambut baik teguran dan saranan Sultan Perak, berharap ia dijadikan panduan dan peringatan semua pemimpin politik negeri.

“Saya ingin mohon maaf kepada semua rakyat negeri Perak dan penjawat awam negeri kerana situasi yang menimbulkan kegelisahan semua, tetapi syukur ia akhirnya selesai.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker