Belanjawan 2021 Perlis diluluskan sebulat suara
KANGAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Perlis 2021 berjumlah RM108.17 juta.
Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2021 dan Anggaran Pembangunan Negeri Perlis 2021 diluluskan selepas dibahaskan selama tiga hari.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yang membentangkan belanjawan itu pada Selasa (8 Dis) berkata ia adalah pertama kali dalam sejarah negeri ini, pembentangan Belanjawan Perlis diluluskan dengan mendapat sokongan penuh termasuk wakil rakyat pembangkang.
“Menyediakan belanjawan adalah sesuatu yang mencabar apabila defisitnya meningkat dengan lebih besar disebabkan oleh ‘kekejaman’ COVID-19 dan impaknya kepada ekonomi negeri.
“Kekurangan (defisit) sebanyak RM67.52 juta itu bersifat mengembang untuk memberi yang terbaik kepada rakyat dalam usaha melangkah ke arah misi Wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030,” katanya ketika sesi pengulungan pembentangan Belajawan Perlis 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
You must be logged in to post a comment.