Perancis Denda Google, Amazon €135 juta (RM 491 juta)

PARIS – Pihak berkuasa privasi data Perancis menyatakan hari ini bahawa ia mendenda dua unit syarikat Google sebanyak €100 juta (RM491 juta) dan sebuah anak syarikat Amazon sebanyak €35 juta (RM171.85 juta) berhubung penggunaan cookie pengiklanan.

PEJALAN kaki melintasi pejabat Google di pusat bandar Manhattan di Bandar Raya New York pada 20 Oktober lalu. – AFP

Pihak berkuasa berkenaan menyatakan, denda itu dikenakan kerana perbuatan meletakkan cookie pengiklanan ke dalam komputer pengguna tanpa mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu dan tanpa memberikan maklumat mencukupi.

Cookie merupakan data kecil yang disimpan dalam enjin carian komputer yang membolehkan laman web mengenali identiti pengguna dan mengingati aktiviti masa lalu mereka. – AFP

AS saman Google kerana monopoli tidak sah

Rangka pendekatan wajibkan Google, FB bayar kandungan berita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker