10 pelacur warga asing ditahan di Petaling Jaya

Seramai 10 wanita warga asing yang disyaki menawarkan khidmat seks ditahan polis dalam serbuan Op Noda di Petaling Jaya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata serbuan di sebuah rumah di Bandar Damansara Perdana pada kira-kira 2.30 petang itu dibuat selepas polis mengesyaki premis itu menjalankan kegiatan pelacuran dan khidmat tukang urut.

“Semasa serbuan, kita berjaya menahan 10 wanita warga asing berumur lingkungan 25 hingga 47 tahun di dalam bilik berasingan di rumah tersebut.

“Kesemua mereka yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokuman pengenalan diri yang sah dan telah tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan turut menemukan 15 kepingan kondom yang digunakan untuk aktiviti berkenaan.

Menurutnya kegiatan itu menyasarkan pelanggan warga asing dengan khidmat urut dan seks masing-masing dikenakan bayaran antara RM80 dan RM180.

“Kesemua suspek ditahan reman 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti persundalan. Bernama

Tempah pelacur menerusi WhatsApp aktif di Bandar Puteri Puchong tumpas

Ten foreign women nabbed for prostitution in Bukit Damansara

Ten foreign women were arrested on suspicion of offering sexual services in a house in Bukit Damansara, Petaling Jaya yesterday.

Petaling Jaya district police chief ACP Nik Ezanee Mohd Faisal said they were nabbed in the Op Noda operation at about 2.30 pm.

“The 10 foreign women, aged between 25 and 47, were found in separate rooms in the house. All of them did not have valid travel documents,” he said when contacted here today.

Nik Ezanee said the suspects charged RM80 and RM180 for the sexual and massage services they offered to foreigners.

All the suspects have been remanded for 14 days beginning today.

22 GRO, pelacur kena cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker