[VIDEO] Pendakwah Selebriti Hadapi Tuduhan Persetubuhan Luar Tabii

Sebaran :

PETALING JAYA: Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar wanita.

Syed Shah Iqmal, 25, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Syed Shah Iqmal (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar wanita. - NSTP/Rohanis ShukriSyed Shah Iqmal (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelajar wanita. – NSTP/Rohanis Shukri

Terdahulu, tertuduh yang berbaju kemeja-T biru itu tiba di perkarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 10.00 pagi, diiringi anggota polis dan sempat melemparkan senyuman kepada petugas media yang menunggu seawal jam 8 pagi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syed Shah Iqmal didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang mangsa berusia 22 tahun di rumah sewanya, di Empire City, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana di sini, antara jam 3 hingga 4 pagi, pada 17 Oktober lalu.


Sebaran :

Leave a Reply