[VIDEO] PKPB Tamat: Babi ‘masuk’ pusat beli belah, beruang pula ‘menyeberang’ jalan



Orang ramai yang mengunjungi sebuah pusat beli belah di Putrajaya dekat sini gempar dengan kehadiran seekor babi hutan yang tersesat memasuki sebuah premis menjual pakaian sukan.

Rakaman yang menunjukkan haiwan tersebut memasuki premis berkenaan tular di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku di Alamanda di Putrajaya namun perkara itu tidak dapat dipastikan.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman berkenaan mempersoalkan bagaimana haiwan liar itu boleh memasuki pusat beli belah tersebut.

Ada juga dalam kalangan warganet yang membuat lawak apabila mengatakan haiwan itu terlebih dahulu ‘merentas’ negeri pergerakan sebelum langkah penguatkuasaan itu ditamatkan.




Sementara itu dalam satu rakaman berasingan, seekor beruang matahari dilihat berlari menyeberang sebatang jalan raya di Tanjung Karang dekat sini.

Kejadian dikatakan berlaku di Sungai Sireh dekat Tanjung Karang.

Rakaman yang diambil oleh pengguna laman sosial Asikin Omar turut dikongsikan Facebook Love Kuala Selangor. MG

Exco ‘Juara Tembak Babi’ cadang tubuh jawatankuasa khas ‘buru’ babi hutan



Leave a Reply

Your email address will not be published.