Exco ‘Juara Tembak Babi’ cadang tubuh jawatankuasa khas ‘buru’ babi hutan

Exco Melaka Norhizam Hassan Baktee memaklumkan negeri itu akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk penghapusan babi hutan.

Ini, katanya susulan aduan tinggi daripada orang ramai membabitkan hidupan liar tersebut.

Dia berkata bagi menjayakan operasi itu, pihaknya memerlukan peruntukan kira-kira RM941,000 termasuk membeli 100 unit perangkap babi hutan, peluru, peralatan pengurusan, umpan penangkap selain perangkap kera dan perangkap ular yang menelan kos dari RM600 hingga RM1,800 seunit.

“Kita akan mempromosikan kempen menghapuskan hidupan liar tersebut dan operasi bersepadu ini juga akan mendapat kelulusan pihak polis,” katanya lapor Utusan Malaysia.

“Kita akan memohon kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali untuk membantu dari segi kos operasi bagi merealisasikan jawatankuasa khas ini,” katanya.

 

Untuk rekod, babi hutan merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi kerana diancam kepupusan.

Di Semenanjung, hanya terdapat dua spesis babi iaitu babi hutan dan babi bodoh iaitu Sus barbatus yang boleh ditemui di Sumatera dan Kalimantan selain di Johor, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun,  Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka Mohd Hasdi Husin pada November tahun lalu dilaporkan berkata jumlah populasi babi hutan atau spesies Sus scrofa di Melaka berada pada tahap membimbangkan susulan peningkatan sekali ganda berbanding pada 2018.

Menurutnya, peningkatan sekali ganda itu menyaksikan 457 babi hutan dihapuskan dalam 123 operasi sepanjang tahun sehingga Oktober 2019.

Polis buru ‘dalang’ burukkan nama Agong dan istana

Hasdi juga dilaporkan berkata Perhilitan merekodkan peningkatan sekali ganda kawasan panas (hot spot) yang dikenal pasti iaitu masing-masing melibatkan 10 kawasan di daerah Melaka Tengah, 12 kawasan (daerah Jasin) dan 8 kawasan (daerah Alor Gajah).

Dalam pada itu, Norhizam hari ini berkata operasi besar-besaran penghapusan babi hutan itu akan turut disertai oleh agensi berkaitan seperti Persatuan Penembak Negeri Melaka, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi operasi besar-besaran.

“Setakat ini, sebanyak 1,016 ekor babi ditangkap dalam Operasi Hapus Babi Hutan (Ops Siong) dan daripada jumlah itu Daerah Melaka Tengah mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 484 ekor diikuti Jasin (341) dan Alor Gajah (191).

“Contohnya di Sungai Rambai, kita terima banyak aduan daripada peladang dan pekebun yang menanam pisang, walaupun operasi ini tidak dapat diselesaikan secara total namun dapat kurangkan nisbah populasinya,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker