Sah! Trump wakili AS, sertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC

Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penyertaan Presidennya, Donald Trump pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang akan berlangsung secara maya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob selepas mendapat pengesahan daripada pegawai kanan AS,

“Sandra memaklumkan bahawa AS akan diwakili oleh Trump,” kata Hairil pada sesi taklimat pengarang kanan media seiring AELM.

Pada awal pagi tadi, agensi berita Reuters melaporkan Trump bakal bersama secara maya dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping yang juga telah mengesahkan penyertaannya sebelum ini.



Kehadiran Trump pada AELM kali ini adalah penglibatan pertama beliau sejak 2017 dan ia adalah satu-satunya penyertaan semasa pentadbirannya.

Laporan itu muncul selepas kerajaan pimpinan beliau yang bakal berakhir itu menerima kritikan lantaran tidak menunjukkan minat pada Sidang Kemuncak ASEAN minggu lalu, seiring pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang didokong oleh China. Awani

Tengku Zafrul, Rebecca bincang cabaran anjur APEC susulan COVID-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker