Lelaki maut jatuh gaung ketika daki gunung

BALING: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari cerun setinggi kira-kira 100 meter di Gunung Gua Sireh, Baling pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Amir Hakimi Md Ali, 22, dari Kampung Padang Che Mas, Pulai dekat ini,
dipercayai mendaki gunung itu untuk mencari pokok paku aji untuk dijual.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim (HK) untuk bedah siasat.

“Kes diklafisikasi sebagai mati mengejut dan tidak ada unsur jenayah,” katanya di sini, pada Khamis malam.



Katanya, mangsa dikatakan sering mendaki gunung untuk mencari tumbuhan itu kerana ada permintaan daripada pembeli untuk dijadikan pokok hiasan.

Beliau berkata, mangsa memperoleh pendapatan dengan menjual pokok berkenaan bagi menampung perbelanjaan keluarga. Awani

Maut ketika dalam perjalanan pulang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker