Maut ketika dalam perjalanan pulang

Share

KLANG – Perjalanan pulang ke rumah seorang lelaki berakhir tragedi apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan dan melanggar sebuah pacuan empat roda di Jalan Pelabuhan Barat, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, mangsa dikenali Faris Hazwan Abdul Hafiz, 20, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika trafik bergerak perlahan kerana jalan sesak.


“Kemudian, motosikal jenis Honda Dash ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun.

“Mangsa yang parah disahkan maut di lokasi kejadian dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Telok Gong, Klang selepas pulang dari tempat kerja.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh salurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Raja Azlan Shah Raja Mohd Hashim di talian 012-6224277.

SH


Leave a Reply