Selepas bebas reman, Dai Syed ditahan semula polis PJ

Pendakwah selebriti yang tamat tempoh remannya hari ini ditahan semula dan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten komisioner Nik Ezanee Mohd Faizal yang memberitahu, suspek mempunyai dua kes yang dilakukan di daerah Petaling Jaya selepas pihaknya menerima dua laporan berkaitan rogol.

“Esok suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi mendapat perintah reman,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Minggu lalu, pendakwah selebriti terbabit disambung reman lima hari hingga hari ini bagi membantu siasatan dakwaan kes merogol seorang gadis di Seksyen 7, pada September tahun lalu.



Perintah reman terhadap suspek yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Ahmad Feisal Mohd Azmi. MG

“Kluster Dai’ Syed” Laporan Makin Bertambah Tapi…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker