“Kluster Dai’ Syed” Laporan Makin Bertambah Tapi…

Terkini di My KMU !!!!---->

Selepas pihak polis menerima tujuh laporan polis ke atas pendakwah selebriti yang terlibat dengan jenayah r*g*l, kini lima lagi m4angsa telah tampil membuat laporan.

Terdapat segelintir netizen beranggapan isu ini semakin serius apabila setiap hari ada sahaja laporan yang diterima walhal pendakwah berkenaan masih lagi dalam tempoh tahanan rem4n.

 

Memandangkan beliau merupakan pendakwah bebas, sudah semestinya peminat sudah bersedia untuk mempertahankan dirinya sehingga ada yang membuka akaun Instagram kelab peminat dan memuat naik posting untuk membela pendakwah berkenaan.

Dalam masa yang sama, mereka juga membuat ‘kempen’ tanda pagar #standwithdaisyed di laman Twitter sebagai bukti sokongan untuk mempertahankannya.

Rata-rata warganet berasa bimbang kerana lap0ran polis semakin meningkat dan menganggap bahawa masih ramai lagi m4ngsa yang malu untuk tampil membuat laporan.

Walaupun kes ini masih lagi dalam sia1satan, netizen masih tertanya-tanya mengapa pendakwah berkenaan sanggup untuk bertindak sedemikian terhadap ramai gadis?

Mengikut kenyataan daripada pihak polis, modus operandi yang digunakan sama sahaja terhadap semua m4ngsa iaitu menghantar pesanan Direct Message (DM) di Instagram, meninggalkan komen di gambar, mengajak keluar makan dan akhirnya akan dipancing untuk singgah ke rumahnya sama ada untuk belajar atau atas sebab yang lain.

Selain itu, dakwaan kononnya pendakwah tersebut menggunakan minyak pengasi1h masih lagi tidak dapat dibuktikan kerana kes ini berada dalam s1iasatan.

Sekali lagi, pihak polis menyeru semua mangsa untuk tampil membuat laporan untuk membantu si1asatan.

Sumber: Harian Metro

Kredit: MediaViral

Leave a Reply