Zoo Negara Mampu Bertahan 6 bulan Akan Datang

Kuala Lumpur: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yakin Zoo Negara masih berupaya meneruskan kelangsungan operasi sekurang-kurangnya enam bulan akan datang.

Menterinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kementerian mengambil maklum Zoo Negara menjana pendapatan termasuk sumbangan daripada pelbagai pihak sebanyak RM19.5 juta mulai Januari sehingga September lalu.

“Mengikut rekod, setakat ini perbelanjaan hanya sebanyak RM9.4 juta.

“Oleh itu, saya yakin Zoo Negara masih berupaya untuk meneruskan kelangsungan operasi sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, satu pertemuan dengan pihak Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) selaku badan pengurusan Zoo Negara pada hari ini dihadiri Timbalan Menteri KeTSA Ali Biju, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Zurinah Pawanteh serta Presiden MZS Datuk Sr Zaharin Md Ariff.

“Beberapa perkara dibincangkan khususnya mengenai mekanisme pengukuhan operasi Zoo Negara terutama aspek tadbir urus supaya zoo lebih berdaya maju pada masa hadapan dan dalam masa yang sama memastikan kebajikan hidupan liar sentiasa terpelihara.

“Saya memaklumkan komitmen kementerian untuk menambah baik pengurusan Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) di Semenanjung Malaysia dengan mengkaji semula peraturan yang berkaitan pengendalian ZPT di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 [Akta 716],” katanya.

Katanya, ia bagi memastikan ZPT adalah berdaya maju dari segi kewangan dan kebajikan hidupan liar terpelihara.

“Sungguhpun Zoo Negara dimiliki oleh NGO (badan bukan kerajaan) dan beroperasi sebagai entiti perniagaan, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkasa Zoo Negara.

“Antaranya seperti melaksanakan projek menaik taraf Zoo Negara sejak Rancangan Malaysia Ke-7, pembangunan Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) bagi meningkatkan kehadiran pengunjung di Zoo Negara serta membantu menyediakan Model Perniagaan Zoo Bertaraf Dunia,” katanya.

Katanya, pihaknya menekankan kepentingan Zoo Negara untuk menguruskan sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak secara telus dan berhemah.

“Zoo Negara diminta melaksanakan audit bebas bagi meningkatkan ketelusan dan keyakinan semua pihak terhadap pengurusan Zoo Negara.

“Zoo Negara juga disarankan untuk menyediakan enam bulan dana kontigensi bagi memastikan kelangsungan operasinya.

“Di samping itu, pelan perniagaan yang berdaya maju wajar dibangunkan dan dilaksanakan dengan mempelbagaikan produk inovatif serta pemasaran produk dan perkhidmatan secara atas talian,” katanya.

Katanya, program yang sedang dilaksanakan oleh Zoo Negara sepertiĀ adopt an animalĀ boleh diteruskan bagi mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menampung keperluan kewangan yang diperlukan.

“MZS menyambut baik saranan kementerian dan berjanji untuk mengambil tindakan segera bagi mengukuhkan operasi kewangan Zoo Negara supaya lebih berdaya maju dan mengutamakan kebajikan hidupan liar,” katanya.

Sebelum ini Metro Ahad melaporkan, dana Zoo Negara yang menjadi ikon riadah negara sejak 1963 dikatakan hanya mampu bertahan tiga bulan lagi.

Peruntukan yang semakin tipis itu bukan hanya untuk kelangsungan hidup 140 kakitangan tetapi kos besar bagi mengisi perut kira-kira 4,000 haiwan yang menghuni Zoo Negara itu.-HM

Ebit Lew Sumbang 200kg Daging Segar Untuk Zoo Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker