Ebit Lew Sumbang 200kg Daging Segar Untuk Zoo Negara

Pendakwah bebas, Ebit Lew sekali lagi memberikan sumbangan kepada Zoo Negara selepas mendapat permintaan dari zoo tersebut.

Kali ini, beliau membawakan 200 kilogram daging segar untuk haiwan-haiwan di Zoo Negara.

Ebit turut meluangkan masa memberi makan buluh kepada dua panda yang ada di situ.

Dapat berita dan permintaan dari zoo negara kekurangan dana kerana PKP.

Balik dari Kelantan semalam pagi ini terus saya ke zoo negara bersama bawa 200kg daging segar.

Kami juga fikir bagaimana nak bantu dana dan beberapa cadangan lain supaya zoo negara terus maju ke depan.

Hari ini saya bawa 200kg daging.Comel dapat beri makan panda. Ada 2 ekor. Dapat anak 2 ekor dah hantar balik. Ini ada seekor lagi baru dapat.

Comel kecil sangat anak panda macam anak kucing je. Panda makan. Buluh tertentu sahaja.

Kuat tangannya. Bila kita hulur buluh pada panda. Dia tarik kuat betul. Main tarik-tarik tadi. Panda suka buluh dan pilih daun-daun sedap dan lipat tebal-tebal makan.

Tak sabar nanti zoo buka saya nak bawa anak-anak ke sana. Dah lama tak bawa anak berjalan-jalan.

Kasihan duduk rumah je. Semoga dimudahkan semuanya.

Doakan ye buat zoo negara. Kagum tengok makhluk Allah. Semua ada pelajaran disebaliknya.  katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini. – K! ONLINE

Sumber: Facebook Ebit Lew

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker