Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Kek Lapis Kayangan.

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Sarawak memang cukup terkenal dengan kepakaran membuat kek lapis yang cukup sedap. Warga Semenanjung yang pergi sana pasti akan membawa pulang untuk dinikmati bersama tersayang.

Siapa sangka seorang penjual di Sarawak kini ada menawarkan satu kek lapis dengan sentuhan Turki pada harga yang mewah.



Difahamkan suka manisan Turki cetus ihlam seorang pengusaha kek lapis di sini untuk mencuba membuat “kek kayangan” yang berharga mencecah RM650.

Adha Brahim, 36, berasal dari Kampung Pinang berkata, manisan Turki Baklava adalah bahan utama yang digunakan untuk membuat kek lapis tersebut.

“Idea untuk membuat kek lapis Baklava ini tercetus kerana saya amat mengemari manisan Turki ini.

“Dari situlah idea untuk saya membuat kek lapis Baklava ini,” katanya ketika ditemui Borneo Network di kedainya, Abg K’ju Cake House, Desa Ilmu di sini.



Jelas Adha, setiap adunan kek lapis itu memerlukan dua kilogram manisan Baklava.

Mengenai harga kek itu yang mencecah RM650 seloyang, beliau memberitahu ia kerana bahan-bahan yang digunakan adalah premium, yang dijual pada harga yang tinggi.

Bagaimanapun, katanya, terdapat empat saiz kek lapis Baklava itu yang dijualnya bagi memastikan orang ramai mampu membeli dan merasai kek tersebut.



Datang dalam pelbagai saiz seperti bite size berharga RM4.50, saiz setengah loaf RM58, satu loaf RM115, setengah loyang RM330 dan seloyang RM650.

Adha mendedahkan walaupun harga itu dikatakan mahal, permintaannya masih agak tinggi.

Selain itu, Adha memberitahu, di kedainya juga ada menjual pelbagai jenis kek lapis, biskut, pemanis mulut, kek hari jadi, kek batik dan lain-lain.



Untuk makluman semua, Kedai Abg K’ju Cake House, Desa Ilmu dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Vc

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker