Banjir Terengganu makin buruk, lebih 2,600 mangsa dipindahkan

Banjir di Terengganu bertambah buruk apabila semua daerah di negeri itu kini terjejas.

Gelombang ketiga banjir yang kembali melanda sejak Rabu menyaksikan seramai 2,629 mangsa telah dipindahkan.

Ketua sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata sehingga jam 8 pagi, sebanyak 73 pusat pemindahan telah diaktifkan bagi menempatkan 735 buah keluarga.

Katanya, sehingga kini daerah Marang masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 748 daripada 197 keluarga yang kini ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Di daerah Setiu pula, seramai 523 mangsa daripada 140 keluarga telah dipindahkan ke 22 PPS.

Di Besut, 17 PPS dibuka bermula malam tadi bagi menempatkan 463 mangsa daripada 155 keluarga.

Di Kuala Terengganu, sebanyak lima PPS telah dibuka bagi menempatkan 284 mangsa daripada 79 keluarga.

Daerah Dungun menyaksikan seramai 262 mangsa daripada 70 keluarga berada di 10 PPS.

Di Kuala Nerus pula, seramai 211 mangsa ditempatkan di enam buah PPS melibatkan 53 keluarga.

Seramai 38 keluarga melibatkan 122 mangsa di daerah Kemaman telah dipindahkan ke tiga PPS.

Manakala seramai 16 mangsa melibatkan tiga keluarga telah dipindahkan ke satu PPS di Hulu Terengganu. Awani

Ibu bersama bayi 30 hari harung banjir 1 pagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker