Bersatu mansuh ‘Jawatan Paling Berkuasa’ dalam parti

Terkini di My KMU !!!!---->

Jawatan pengerusi Bersatu, kedudukan yang paling berkuasa di dalam parti telah dimansuhkan.

Ketua Penerangan Parti Wan Saiful Wan Jan berkata perkara itu salah satu daripada beberapa pindaan terhadap perlembagaan Bersatu yang mendapat sokongan sebulat suara pada mesyuarat agung tahunan parti hari ini.

Dengan pemansuhan jawatan pengerusi parti, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kini secara rasmi menguasai parti itu sepenuhnya.Set featured image

Jawatan pengerusi Bersatu dibentuk ketika parti itu ditubuhkan, untuk membolehkan Dr Mahathir Mohamad berkuasa, dalam masa yang sama turut menampung Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi melalui jawatan presiden parti.

Mahathir meletak jawatan sebagai pengerusi parti pada Februari lalu setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan.

Pengunduran itu pada mulanya ditolak, sebelum Muhyiddin menjadi pemangku pengerusi dalam usaha untuk ‘membendung’ pengaruh Mahathir terhadap parti itu.

 

Wan Saiful memberitahu Bersatu juga memansuhkan majlis presidennya, dan membentuk “Sayap Bersekutu” baru untuk anggota bukan Bumiputera.

Salah seorang anggota bukan bumiputera yang dikenali ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Santhara Nair, yang juga sekutu rapat Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali.

Parti ini juga telah mempermudah pendaftaran dan pembaharuan keanggotaan – dengan menghapuskan keahlian tahunan. Semua ahli Bersatu kini akan menjadi ahli seumur hidup, dengan hanya sekali pembayaran.

“Sebenarnya sebelum perhimpunan agung tahunan, Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan telah adakan sesi libat urus dan taklimat di seluruh negara dengan para pemimpin negeri dan Bahagian.

“Semua pandangan kita ambil untuk perbaiki cadangan asal.

“Alhamdulillah ini semua menghasilkan keputusan menerima sebulat suara semua pindaan yang dicadangkan, termasuklah untuk memansuhkan jawatan pengerusi,” jelas Wan Saiful ketika dihubungi.

Leave a Reply