Halima Aden Berhenti Jadi Model Runway, Ini Sebabnya

Model musliman terkenal Halima Aden membuat keputusan untuk berhenti menjadi model runway kerana agama, dirinya tidak mahu bertolak-ansur di mana terpaksa mengenakan fesyen yang bertentangan dengan kepercayaan dan agama.

Tidak dinafikan menjadi seorang moden dipentas runway, memerlukan Halima terpaksa mengetepikan agama tatkala memperagakan busana fesyen.

Halima Mahu Utamakan Agama Dari Fesyen


Tetapi kini Halima membuat keputus untuk berhenti menjadi model runway untuk mempertahankan maruah agama dan dirinya sebagai wanita Muslim.



Dalam petikan The Guardian, Halima menyatakan kekesalannya, bahawa sebelum ini dirinya lebih mementingkan peluang kerjaya berbanding agama.

Halima mengakui bahawa itu adalah kesilapan dirinya dan kini Halima tidak mahu lagi bertolak-ansur dalam dunia fesyen dan membuat keputusan untuk mengundur diri dari dunia pentas peragaan.

Tidak Menyesal Berhenti Jadi Model


Berdasarkan perkongsian Halima di akaun Instagramnya, bahawa dirinya tidak berhutang dengan sesiapa melainkan Allah S.W.T dan diri tidak menyesal berhenti menjadi model runway.



Dan ramai orang menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada Halima terhadap pengundurannya dalam industri peragaan.

Mencari Ketenangan Abadi

Sepanjang berkecimpung dalam industri peragaan, Halima akui tidak ramai wanita Muslim menjadi jururias dan kekurangan ini membuatkan industri fesyen kurang faham mengenai fungsi hijab.

Menjadi golongan minoriti dalam dunia fesyen dan model, membuatkan dirinya sering kali terpaksa mengetepikan agama dan memakai turban sebagai pengganti hijab.



Halima kini ingin menjadi ketenangan yang abadi dan ingin memakai hijab dengan betul sebagai wanita Muslim, dan hasrat tersebut direalisasikan dengan pengundurannya sebagai model runway.

Bukan mudah untuk memiliki kerjaya sebagai model Muslim antarabangsa, tetapi Halima berjaya buktikan bahawa wanita Muslim juga boleh menjadi model tetapi terpaksa bertolak-ansur antara agama dan fesyen.

Apa-apapun, semoga Halima terus berjaya menjadi wanita Muslim yang istiqomah di dunia dan akhirat, InshaAllah. Wn

Kakak usahawan fesyen terkenal didakwa pecah amanah RM200,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker