Polis buru lelaki tunjuk ‘anu’

Polis buru lelaki tunjuk ‘anu’

Putrajaya: Polis memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian menunjukkan kemaluan di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Presint 9 (2) di sin, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Pihaknya melancarkan gerakan memburu lelaki terbabit selepas menerima laporan berhubung kejadian itu daripada dua pelajar tingkatan tiga sekolah berkenaan pada hari kejadian.

Menurutnya, polis sudah berjaya mendapatkan butiran suspek berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang dikongsi pelajar berkenaan.

Katanya, berdasarkan laporan mangsa, kejadian itu berlaku di hadapan tempat letak kereta awam di hadapan kompleks sekolah itu.

“Menurut laporan, mangsa mendakwa didekati seorang pemuda yang menaiki Proton Persona berwarna kelabu dan bertanyakan sesuatu kepada pelajar itu,” katanya.

Asmadi berkata, sejurus selepas itu, suspek tiba-tiba membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan berkenaan.

Katanya, pelajar yang dalam ketakutan itu kemudiannya melarikan diri namun sempat merakam gambar kereta dan nombor pendaftaran kenderaan itu.

“Polis giat menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. HM

Polis buru lelaki tunjuk ‘anu’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker