Dr Kamarul Yusoff menang saman RM8j ke atas Aziz Isa dari Dap

Terkini di My KMU !!!!---->

Oleh Kamarul Yusoff

KEMENANGAN RM8 JUTA KE ATAS ABDUL AZIZ ISA

Saya mengesahkan laporan sebuah portal berita hari ini yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur telah, pada 6 November 2020, memerintahkan Pegawai Khas Pengerusi DAP Sarawak bernama Abdul Aziz Isa Bin Marindo supaya antara lainnya:
(1) Membayar kepada saya gantirugi sebanyak RM8,000,000.00.
(2) Membayar faedah pada kadar 4% setahun ke atas gantirugi ini.
(3) Membayar kos tindakan ini sebanyak RM10,000.00 kepada saya.

Kesemua ini adalah berpunca daripada Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya tidak dapat dipastikan kesahihan kelayakan akademik saya.
(ii) Saya sibuk dengan urusan agama lain.
(iii) Saya tergugat dan goyah iman dalam agama Islam yang dianuti saya.
(iv) Saya kurang didikan agama Islam sehingga iman saya mudah beralih arah.
(v) Saya menghalang umat Kristian untuk mengamalkan agama mereka dalam bulan suci Ramadhan.
(vi) Saya berasa tersinggung dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian.
(vii) Saya menghalang orang Kristian menganjurkan upacara keagamaan mereka di gereja-gereja mereka sendiri.
(viii) Saya beranggapan aktiviti orang Kristian bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
(ix) Saya menghalang umat Kristian daripada menghadiri program-program gereja sekiranya diadakan pada bulan Ramadhan.
(x) Saya mengecam agama orang lain kerana iman saya goyah.
(xi) Saya menghasut rakyat terutamanya umat Islam dengan menyebarkan kebencian dan ideologi ISIS.
(xii) Saya mempunyai fikiran yang tidak kukuh dan memiliki hati busuk.
(xiii) Saya mengalami gangguan jiwa, kecelaruan akal dan mempunyai imaginasi liar terhadap umat Kristian.
(xiv) Saya cuba untuk menjadi Tuhan dengan melayani orang lain secara berbeza-beza disebabkan oleh bangsa mereka dan anutan agama mereka.
(xv) Saya anggap diri saya lebih tinggi dari Tuhan.
(xvi) Saya ingin mencontohi pembawa ajaran sesat seperti Ayah Pin.
(xvii) Saya merupakan pelampau agama dan rasis.
(xviii) Saya mendiskriminasi, tidak bermoral dan tidak berhati perut terhadap penganut-penganut Kristian di Malaysia.
(xix) Saya kufur terhadap ajaran agama Islam.
(xx) Saya perlu bertaubat nasuha kerana tidak berlaku seperti manusia.
(xxi) Saya menurut cara syaitan.
(xxii) Saya melakukan provokasi terhadap agama lain.

Begitupun, bagi saya, walaupun kemenangan ini adalah agak manis, ia sebenarnya hanyalah pembakar semangat untuk saya di dalam perbicaraan saman saya ke atas lima pemimpin besar DAP lain yang kesemuanya merupakan Ahli Parlimen.

Saman besar pertama saya adalah saman RM8,000,000.00 saya ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ekoran Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya adalah terencat akal dan merupakan ancaman kepada masyarakat secara amnya.
(ii) Saya ingin mengecam Hannah Yeoh dan dengan itu membuat tuduhan palsu terhadapnya.
(iii) Saya tidak mengerti membuat hujahan-hujahan logik dan membuat wacana sebagai ahli akademik.
(iv) Saya berfahaman sempit dan ekstremis dan oleh itu tidak sesuai menjadi pensyarah universiti dan pendidik.
(v) Saya menggugat kebebasan beragama di kalangan bukan Islam dengan menghalang mereka membincangkan perihal agama mereka.

Begitu juga dengan Kenyataan-Kenyataan Fitnah Tambahan Teresa Kok ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Beliau tetap berpendirian menyokong Kenyataan-Kenyataan Fitnah yang dibuat olehnya terhadap saya.
(ii) Saya memfailkan saman terhadap beliau hanya bertujuan meraih publisiti murahan.

Seterusnya adalah saman RM5,000,000.00 saya ke atas Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, ekoran Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya membuat laporan polis untuk menyekat kebebasan beragama di Malaysia.
(ii) Saya adalah pentaksub agama dan oleh yang demikian tidak sesuai dan/atau tidak layak menjadi pensyarah di mana-mana dan/atau semua universiti awam di Malaysia.
(iii) Saya telah dan/atau akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar saya dan/atau mereka yang sama generasi dengan mereka untuk bersifat kurang toleransi terhadap agama-agama lain.
(iv) Saya adalah ancaman kepada keharmonian kaum dan agama di negeri Sarawak secara khususnya dan di Malaysia secara amnya.
(v) Saya tidak dan/atau enggan mengiktiraf kebebasan beragama untuk penganut agama bukan Islam.
(vi) Saya mencetuskan ketidakharmonian antara kaum dan menyemai kebencian antara penganut-penganut agama.

Seterusnya adalah saman RM5,000,000.00 saya ke atas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, ekoran Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya tidak layak dan tidak sesuai menjadi dan/atau tidak mempunyai kelayakan mahupun perangai yang sesuai untuk menjadi pensyarah di mana-mana atau semua universiti awam di Malaysia.
(ii) Saya membuat laporan polis yang palsu dan berniat jahat dalam sifat serta niatnya.
(iii) Saya membataskan kebebasan beragama penganut Kristian dan cenderung mendesak pengharaman kitab suci Kristian iaitu Bible.
(iv) Saya membuat laporan polis disebabkan kegagalan saya mengamalkan sifat wasatiyyah atau bersifat sederhana dalam karakter saya.
(v) Saya tidak mengamalkan dan/atau enggan mengamalkan toleransi agama, bersifat ekstremis dan menjadi punca polarisasi agama di Malaysia.

Seterusnya adalah saman RM5,000,000.00 saya ke atas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, ekoran Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya membuat laporan polis yang palsu dan berniat jahat.
(ii) Saya adalah bodoh, tidak mempunyai kualiti dan kredibiliti, tidak layak, berfikiran sempit dan ekstremis.
(iii) Saya merendahkan martabat saya bagi menjadi propagandis bagi parti politik UMNO dan gabungan politik Barisan Nasional.
(iv) Saya tidak mengira hak parti-parti politik dalam demokrasi tulen untuk bertanding sesama mereka berdasarkan merit masing-masing dan menggadaikan pembinaan negara dalam melaksanakan agenda saya.

Terakhirnya adalah saman RM5,000,000.00 saya ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, ekoran Kenyataan-Kenyataan Fitnah beliau ke atas saya yang membawa membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya adalah terencat akal dan/atau mempunyai iman dan kepercayaan yang sangat lemah dalam agama saya hingga membuat laporan polis berdasarkan falasi logik dan/atau tanggapan tidak wajar.
(ii) Saya adalah pensyarah universiti tempatan yang berkaliber rendah dan berkualiti rendah.

Sama-samalah doakan kejayaan saya dalam kelima-lima kes ini dan kes-kes lainnya.

Leave a Reply