Dalang pelaburan tidak wujud, Joe Kedah dicekup polis

Dalang pelaburan tidak wujud yang dikenali Joe Kedah bersama teman wanita serta lapan individu lain ditahan polis dalam satu serbuan pada 19 November lalu dalam empat operasi berasingan di Kuala Lumpur, Cyberjaya, Shah Alam dan Kajang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, Joe Kedah yang berusia 42 tahun itu menyebabkan mangsa-mangsanya kerugian hampir hampir RM21 juta dalam penipuan pelaburan Forex EssenceFX yang menggunakan aplikasi Metatrade 4.

“Kami telah menerima 72 laporan dari mangsa awam yang tertipu dengan sindiket pelaburan berkenaan yang berjalan dari awal 2019 hingga Februari 2020 didalangi Joe Kedah ini dengan kerugian tepat RM20,527,276.53 dan sebanyak 28 kertas siasatan telah dibuka dan sedang disiasat secara mendalam,” katanya pada sidang media hari ini.

Turut dirampas 10 kereta mewah termasuk Mustang, Porsche Macan, Audi, BMW dan Vellfire bernilai lebih RM1.213 juta selain telefon bimbit, komputer riba, kad ATM dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Joe Kedah ditahan pasukan JSJK Bukit Aman di sebuah kondominium mewah di Shah Alam, Selangor

Menurut Zainuddin, sindiket itu menggunakan modus operandi mendorong mangsa melabur dalam mata wang asing dengan menjanjikan keuntungan bulanan antara 5 hingga 8 peratus.

Tambah beliau, mangsa mula menyedari mereka ditipu selepas laman web yang digunakan tidak boleh diakses dan pihaknya menjangka lebih ramai mangsa telah tertipu.

Sementara itu, Zainuddin memberitahu, kesemua 10 suspek yang berusia antara 25 hingga 40-an ireman lima hari sehingga esok.

Bagaimanapun, katanya, Upolis akan melanjutkan reman ke atas mereka sekiranya suspek tidak memberi kerjasama dalam siasatan kes tersebut yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun, denda dan sebatan.

“Kita juga menyiasat kesemua 10 suspek berkenaan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA). MG

Siapa Dalang Video?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker