Covid-19 : 1884 kes baru hari ini dengan 2 kematian

Sebanyak 1,884 kes baru dicatatkan hari ini, paling tinggi sejak Covid-19 melanda Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 2 daripadanya ialah kes import dan baki 1,882 kes penularan tempatan.

Katanya, Selangor melaporkan kes harian tertinggi dengan 1,203 kes diikuti Sabah sebanyak 289 kes

#COVID19 Terkini. 23 Nov. Kes baharu tertinggi pernah dilaporkan iaitu 1,884.

Selangor tertinggi (1,203) yang mana 1,060 kes daripada Kluster Teratai.

Negeri lain, Sabah (289), KL (196), Kedah (36), N.Sembilan (41).

🔴2 lagi kematian 🔴4 kluster baharu🔵3 kluster tamat.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Status Terkini COVID19, 23 Nov 2020

Kes sembuh=883
Jumlah kes sembuh=42,480 kes
Kes baharu positif=1,884 kes
(kes import=2 kes tempatan=1,882)
Jumlah positif=56,659 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=337 kes
Kes dirawat di ICU=115 kes
Bantuan Alat Pernafasan=48 kes

Kes di Lembah Klang melonjak hari ini berpunca daripada kluster di tempat kerja iaitu Kluster Teratai (1,067), Kluster Damanlela (105) dan Kluster baharu, Kluster Bintang (75).

4 kluster babit KL, Selangor, Perak,
Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 4 kluster baharu dikenal pasti hari ini, melibatkan Kuala Lumpur, Selangor, Perak, dan Johor.

Empat kluster itu adalah Kluster Bintang melibatkan daerah Lembah Pantai; Kluster Indah Mas melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Kuala Lumpur, serta Petaling di Selangor; Kluster Teja Kasih melibatkan daerah Kampar dan Kinta di Perak; dan Kluster Kobena membabitkan daerah Johor Bahru.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker