Lelaki gila seks ‘serang’ mangsa dalam lif

Share

Gila seks. Itu gelaran layak diberikan kepada seorang lelaki yang mencabul penuntut wanita ketika berada di dalam lif di sebuah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Setapak, di sini, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang apabila mangsa berusia 18 tahun masuk ke dalam lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat 14.

Menurutnya, suspek dilapor menekan lif tingkat 11 namun sebaik pintu tertutup dia terus menghampiri mangsa dan mencabul remaja terbabit.

“Terkejut dengan perbuatan suspek, mangsa terus menolaknya dan sebaik pintu lif terbuka di tingkat 11, dia terus berlari keluar namun diekori suspek.

“Bimbang dengan keselamatan diri mangsa menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek melarikan diri ke arah tangga,” katanya kepada Harian Metro.

Nik Ros berkata, mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibunya selepas tiba di rumah sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya.

“Semakan mendapati lokasi kejadian tidak memiliki kamera litar tertutup (CCTV). Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. HM

Kotornya Kawasan Miskin Bandar Di Pulau Pinang , Indah Khabar Dari Rupa…Di Mana MBPP ?

Leave a Reply