Jericho Rosales Dari Dulu Sampai Sekarang Sama, Tak Tua-Tua Langsung

Teringat suatu masa duhulu, ketika zaman sekolah layan macam-macam drama dekat TV – Filipina, Amerika Latin, Indonesia, Hong Kong, sebut saja nama semua ditontonnya.

Kalau drama Filipina, nama Jericho Rosales paling orang Malaysia tahu. Aktor berbakat dengan rupa paras kacak disamping lesung pipit terhasil dari senyuman manis. Jericho Rosales memang legend! Drama dia dari Pangako Sayo, Sanay Wala Nang Wakas, beberapa filem dengan Kristine Hermosa semua orang Malaysia tahu.


Kerjayanya telah menjangkau lebih dari 20 tahun dan pelbagai genre filem dan drama telah diperhalusi, sehingga mendapat gelaran “Asia Prince of Dramas.”

Pada yang tidak tahu, aktor dan usahawan ini sudah pun mendirikan rumah tangga dengan model cantik Kim Jones. Kini, di usianya 41 tahun aktor tersohor ini aktif menggunakan media sosial Instagram berkongsi kehidupan dan aktiviti kepada peminat serata dunia.



Stalk Instagram dia, terkejut dengan penampilan yang langsung tak mamah dek usia. Dulu dan sekarang sama sahaja. Langsung tak nampak tua, maintain muda.

Jericho Rosales Dulu & Sekarang

Kini di usia 40-an



Rasanya kalau sebut nama Jericho Rosales, semua orang Malaysia tahu.. Hebat pengaruh dia di negara kita.

Khabarnya Jericho sudah bersara dari lakonan, tapi masih lagi aktif dunia hiburan. Sekarang dia selesa bekerja di belakang tabir. Wn

Neelofa lamar Jericho



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker