Restoran di Plaza Batai ditutup selepas kes Covid-19 dikesan · MYKMU.NET

Restoran di Plaza Batai ditutup selepas kes Covid-19 dikesan

Share

PETALING JAYA: Sebuah restoran di Plaza Batai, Damansara Heights, ditutup selepas satu kes Covid-19 dikesan.

Ekkamai Thai Kitchen berkata, semua kakitangannya akan menjalani ujian saringan dan dikuarantin, serta pengunjung restoran itu digesa mempertimbangkan menjalani ujian saringan dan memantau kesihatan diri.

“Kami sudah memberikan nombor pendaftaran MySejahtera kepada Kementerian Kesihatan supaya semua pelanggan yang mengunjungi kami sejak satu hingga 2 minggu lalu akan dihubungi mereka.

“Premis kami akan melakukan pembersihan sepenuhnya dan kami hanya akan buka semula selepas mengesahkan semuanya dalam keadaan baik,” katanya dalam catatan di Facebook.

Restoran itu tidak menyatakan secara khusus sama ada kakitangan atau pelanggannya yang disahkan positif Covid-19.

Lembah Klang mencatatkan 165 kes Covid-19 semalam, dengan 138 kes dikesan di Selangor, 22 di Kuala Lumpur dan 5 di Putrajaya.-FMT

Pangsapuri Kristal Heights Shah Alam rekod satu kes positif COVID-19

Leave a Reply