Fizo tegur peminat ajak bergambar ketika makan

PETALING JAYA –  Pelakon popular Fizo Omar menasihatkan sesetengah peminat agar memahami situasi seorang artis pujaan mereka sekiranya bertemu di tempat awam, apatah lagi ketika selebriti berkenaan sedang menikmati makanan.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 35, dia sentiasa bersifat terbuka untuk melayan peminat tetapi perlulah bersesuaian dengan situasi.

“Sudah jadi selebriti, itulah harga yang perlu dibayarkan. Alhamdulillah, syukur masih ada peminat dan orang yang menyokong.

“Tetapi ikut logiklah. Bayangkan kalau sedang makan atau ketika dalam situasi yang serius kemudian ada yang beri arahan, ‘awak pergi ke meja sana kejap, kita orang nak bergambar’. Baru nak suap makan, apa reaksi kau.

“Saya sebenarnya tidak kisah pun malah seronok dan rasa dihargai apabila ada yang hendak bergambar ketika berada di tempat awam. Tetapi perlu kena dengan situasi dan keadaan,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Tambah pelakon drama Pengantin Satu Malam itu, situasi tersebut juga akan menghilangkan mood seseorang, tidak kiralah orang biasa mahupun selebriti.

“Kalau bukan selebriti pun, akan hilang mood apabila sedang makan dan disuruh ke sana-sini untuk nak bergambar.

“Cuma saya faham di tempat peminat, bukanlah dia kurang beradab ke apa. Kadang-kadang terlebih teruja bila jumpa seseorang yang dia minat,”ujarnya.

Ujar Fizo, dia tidak pernah marah dengan peminat yang melakukan perkara tersebut namun sekadar saling mengingatkan antara satu sama lain. Baginya, adab atau kelakuan merupakan gambaran ketinggian nilai bangsa yang dijunjung selama ini. – K! ONLINE

“Lelaki vs Perempuan Bila Ambil Gambar” – Remaja Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker