Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang

Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang

Pasangan lelaki dan wanita dipercayai bertelingkah diselamatkan orang awam selepas mereka terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

Dalam kejadian sekitar 7 malam itu, pasangan berkenaan dikatakan bertengkar di KM2.8, menghala ke Perai, sebelum dilihat orang awam terjatuh ke laut.



Utusan Malaysia memetik jurucakap bomba negeri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.49 malam dengan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba Perai.

Katanya, mangsa masing-masing berusia 30-an menaiki kereta jenis Honda Civic berwarna putih.

“Dimaklumkan berlaku pertelingkahan antara mereka di kawasan hentian atas jambatan. Kedua-dua mangsa telah terjatuh ke dalam laut.

“Ketika itu, terdapat seorang lelaki yang juga orang awam berada di tempat kejadian bertindak terjun untuk menyelamatkan mangsa, namun pada ketika itu bot nelayan juga berada di lokasi,” katanya.



Katanya, kedua-dua mangsa kemudian dibawa naik ke atas bot nelayan ke Jeti Batu Uban.

Menurutnya, semua mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. FMT

Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn

Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini



Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda

Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker