GV10: Kenapa Zamani terselamat, ini jawapan Tok Ram

GV10: Kenapa Zamani terselamat, ini jawapan Tok Ram

KETUA juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS menjelaskan antara punca Zamani tidak tersingkir di minggu kelima adalah disebabkan genre lagu nyanyiannya.

Menurut Ramli, Zamani mempunyai sedikit kelebihan kerana menyampaikan genre lagu di luar zon selesanya berbanding Ayai iaitu bintang yang tersingkir minggu ini.

“Saya tolak markah Ayai, Azharina pun saya tolak. Penyanyi bila ada masalah berkaitan dengan monitor telinga (ear monitor) sudah semestinya ada cara yang boleh menghindarkan perkara itu berlaku secara profesional.

“Kalau melihat daripada markah juri yang bagi, saya semak siapa yang terkeluar. Zamani kelebihannya adalah dia menyanyikan lagu yang bukan genre dia, dia lawan arus. Itu pertandingan,” jelasnya.

Ramli berkata demikian ketika ditemui selepas konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Bagaimanapun kata Ramli, ada bintang ASGV membawakan genre lagu yang sudah biasa dipersembahkan namun berjaya memberikan kelainan dalam persembahan.

“Contoh Ayai dan ada beberapa lagi bintang yang menyanyi lagu genre sendiri tetapi tidak seperti Naqiu.

“Naqiu bila dia menyanyi, ya memang genre dia tetapi dia perform. Ayai menyanyi lagu genre dia, Ezad juga sama, namun mereka play safe tetapi tidak perform,” ujarnya.

Terdahulu, Ayai Ilusi menjadi bintang keempat tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza.

Ayai yang menyanyikan lagu Pusara Di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra gagal menambat hati juri untuk kekal ke minggu berikutnya.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Gempak

GV10: Kenapa Zamani terselamat, ini jawapan Tok Ram

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker