Perhimpunan Agung Makkal Sakti Jadi Himpunan Pro-Najib

Perhimpunan Agung Makkal Sakti Jadi Himpunan Pro-Najib

Perhimpunan Agung Tahunan Kali ke-14 Makkal Sakti dipenuhi dengan ucapan mengagungkan serta bersimpati dengan nasib bekas perdana menteri Najib Razak yang kini berada di dalam penjara.

Dari permulaan majlis, laungan ‘solidariti’ diikuti ‘Bossku’ sentiasa didengar, dengan kesemua ahli Makkal Sakti secara kerap bangkit bersama menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib.



Anak lelaki Najib, Nizar mendakwa ayahnya sentiasa mempunyai ‘soft spot’ dengan komuniti India dan ini terbukti dengan usaha Najib dalam membantu masyarakat India ketika menjadi perdana menteri.

“Semasa pentadbirannya, beliau telah mewujudkan Pelan Tindakan Masyarakat India atau juga dikenali sebagai Malaysian Indian Blueprint, dan pelan ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan juga memperkasakan masyarakat India.” katanya berucap pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Nooryana Najib turut mengulangi dakwaannya di mana ayahnya sentiasa mengutamakan rakyat, dengan mengorbankan masa bersama keluarga sendiri.

“Ayah orang lain akan melihat anak bergraduasi di bawah pentas, ayah saya cuma melihat menerusi gambar. Ayah lain akan menemani anak apabila bersalin, ayah saya hanya melihat apabila saya sudah sampai di rumah.” katanya.



Presiden Makkal Sakti R S Thanenthiran turut meluahkan penghargaannya terhadap jasa Najib berhubung sokongannya terhadap masyarakat India, khususnya dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata, sekolah Tamil di negara telah berubah dari kandang lembu, kandang kambing menjadi sekolah moden, lebih-lebih dengan peningkatan pengambilan pelajar berbangsa India di Kolej Matrikulasi dan Universiti pada zaman Najib.

“Bawah pentadbiran ‘Bossku’, orang India mendapat tawaran yang baik, seperti Pelan Tindakan Masyarakat India yang dilaksanakan,” katanya.

Pelan tersebut telah dilancarkan Najib pada April 2017 sebagai dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti India untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Najib seperti mentor saya.” katanya sambil menambah bahawa beliau telah dilatih dengan baik oleh Najib sejak 15 tahun lalu supaya mengutamakan rakyat.



Sementara itu, Makkal Sakti turut membentangkan resolusi mereka kepada Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi tetamu kehormat perhimpunan agung berkenaan.

Antara resolusi yang dikemukakan ialah kelulusan permohonan menjadi parti komponen BN secara rasmi, diberi peluang untuk bertanding di bawah BN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) serta meminta jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diberikan secara adil kepada semua kaum. FMT



Perhimpunan Agung Makkal Sakti Jadi Himpunan Pro-Najib

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker