Rezeki dari timbunan sampah, nenek harungi setiap hari demi sesuap nasi

SHAH ALAM: Titisan peluh mengalir dari dahi Zaidah (bukan nama sebenar) yang terbongkok-bongkok memungut botol plastik dari longgokan sampah ketika panas terik.

Impiannya berniaga kecil-kecilan, menjual aiskrim pelbagai perisa bawah teduhan bumbung rumah.

Namun hidup benar-benar menguji warga emas berusia 64 tahun ini dan seisi keluarganya, mendorong Zaidah berdikari dengan menjual barang boleh kitar semula untuk mencukupkan belanja.

“Makcik mahu berniaga tapi tiada modal. Bukannya nak meniaga besar, cukuplah jual ais krim depan rumah saja.”



Anak-anaknya selalu memujuk Zaidah tidak mencari duit sebegini, tapi wanita cekal ini berkeras.

“Takkan hendak harapkan anak sahaja, sampai bila?” katanya kepada penulis, mengatakan dia keluar seawal 6 pagi – ketika orang lain bersiap untuk bersesak di lebuh raya – mencari “spot” sebelum dibolot pencari barang boleh kitar semula yang lain.

Tukang masak tak mengaku rogol nenek 20 cucu



“Kalau keluar lewat tiada apa yang makcik dapat sebab ada orang lain yang datang dulu dan ambil,” katanya, dengan nada bersungguh.

Zaidah tidaklah seperti ini selama hidupnya. Kira-kira 15 tahun lalu, dia seorang tukang bersih di sebuah syarikat. Namun dia terkilan selepas katanya dianiayai rakan sekerja, menyebabkan dia diberhentikan kerja.

Zaidah mencari barang untuk di kitar semula dengan motosikalnya.

Sejak peristiwa itu, Zaidah sukar mendapatkan pendapatan tetap. Anak-anaknya ada memberikan wang belanja, tetapi orang tua ini sudah biasa menanggung hidup dengan keringat sendiri. Zaidah tidak mahu mengharap pada sesiapa.

“Kena kejar anjing itu biasa! Makcik juga terjatuh banyak kali…pernah terjatuh ke dalam longkang pun.”



Rezeki Datang Tak Disangka-Sangka, Ini 5 Amalan Pembuka Pintu Rezeki Anda Perlu Tahu

Zaidah mencari tempat buangan dengan motosikal uzurnya, bermodalkan RM2 sehari untuk duit minyak. Ditanya berapa ringgit boleh diraih dengan menjual barang boleh kitar semula, Zaharah menjawab antara RM5 hingga RM20, bergantung pada nasib.

Hasilnya Zaidah gunakan untuk perbelanjaan sendiri dan ubat untuk tangannya yang sedikit lemah.



Zaidah masih memasang impian untuk menjual aiskrim bawah teduhan bumbung rumahnya, dan berharap anak-anaknya tidak perlu mencari barang boleh kitar semula untuk hidup.

“Biarlah makcik seorang sahaja yang buat. Makcik akan cari barang selagi mampu.” FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker