Tawaran terbaik dari Go Shop sempena ulang tahun keenam

Share

Kemunculan banyak platform yang hampir serupa tidak menggoyahkan kedudukan Go Shop sebagai peneraju platform jual beli paling unggul di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Grace Lee berkata, Go Shop sentiasa meletakkan aspek kebolehpercayaan (reliability) di tempat teratas, di samping menambah baik aspek kandungan dan keterlibatan pelanggan.

“Sebagai sebuah platform content-entertainment, kami sangat menekankan aspek kandungan kerana ia merupakan kunci bagi memastikan pelanggan tidak akan beralih arah.

“Kami akan sentiasa bereksperimen dengan format baharu berkaitan isi kandungan dan memperbanyakkan branded content kerana ia sebahagian daripada cara untuk memastikan kandungan berkualiti.

“Dalam masa yang sama, kerana Go Shop juga mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan remaja dan belia, kami juga sentiasa mencari cara untuk menambahbaik kandungan media digital bagi menarik perhatian mereka,” kata Lee pada sesi sidang media maya sempena ulang tahun keenam Go Shop, pada Sabtu.

Dengan asas yang kukuh untuk perjalanan transformasi digital, Go Shop dapat mengikut rentak perubahan dengan memperluaskan produk kesihatan dan kesejahteraan, serta menawarkan makan segar dan beku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Go Shop menunjukkan perkembangan dan kami telah mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 38% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu.

“Tambahan pula, kami juga telah meningkatkan bilangan pelanggan kami sebanyak 31% sejak tahun lalu kepada 2.6 juta pelanggan,” tambah Lee.

Kempen ‘Go Shop 6th Anniversary’ akan menampilkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020. Pelanggan boleh menikmati Tawaran Mingguan Eksklusif, Potongan Harga sehingga 60% dan Produk di bawah RM60.

Di samping itu, Go Shop memberikan kupon bernilai RM600,000 di mana pelanggan dapat menikmati potongan RM20 dengan pembelian minimum sebanyak RM300, dengan kod promosi: ANNIVERSARY20.

Di aplikasi mudah alih Go Shop, pelanggan dapat mengambil bahagian dalam permainan mudah ‘Tap & Win’ untuk memenangi hadiah bernilai RM60,000 di mana dari 1 November – 12 Disember, 166 pemain terbaik setiap minggu akan memenangi hadiah. Awani

Go Shop tawar diskaun 63 peratus, harga barangan serendah RM63 dengan Jom Go Lokal

Leave a Reply