Go Shop tawar diskaun 63 peratus, harga barangan serendah RM63 dengan Jom Go Lokal

Share

Sempena bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi, Go Shop menyajikan pelbagai tawaran menarik bermula 7 Ogos lalu sehingga 30 September.

Apa yang menarik? Go Shop tampil dengan kempen Jom Go Lokal, yang menawarkan potongan harga sehingga 63 peratus bagi barangan terpilih.

Tidak cukup dengan itu, orang ramai turut berpeluang untuk mendapat harga barangan serendah RM63 termasuk barangan rumah, fesyen, kecantikan, gaya hidup Islamik, makanan dan produk kesihatan.


Pada masa sama, pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun segera sebanyak RM30 atau RM63 dengan menggunakan kod promo ‘Lokal30’ atau ‘Lokal63’

Diskaun menarik itu hanya sah sekiranya anda melakukan perbelanjaan minimum sebanyak RM300 atau RM500 untuk produk dalam program TV Go Shop.

Anda juga boleh menyaksikan program secara langsung seperti Dapur Malaysia dan Go Lokal yang menampilkan pelbagai produk menarik yang juga merupakan produk tempatan.


Dapur Malaysia ialah sebuah program masakan yang dihoskan oleh hos terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi yang menggunakan konsep masakan lebih mudah dengan peralatan memasak dan peralatan dapur Go Shop.

Ia bersiaran pada setiap Khamis, jam 11 pagi di Go Shop RUUMA (saluran 118) dan Astro Ria HD (saluran 104).

Go Lokal pula mempamerkan produk kecantikan, fesyen dan gaya hidup Islamik dengan penampilan khas oleh pemilik jenama tempatan yang berkongsi perjalanan dan inspirasi mereka
Ia bersiaran setiap Rabu, jam 11 pagi di Go Shop GAAYA (saluran 120) dan Astro Ria HD (saluran 104).


Leave a Reply