Dipaksa berbogel akibat salah tempah e-hailing · MYKMU.NET

Dipaksa berbogel akibat salah tempah e-hailing

Share

Gara-gara tidak sengaja membuat tempahan kereta e-hailing selepas memuat turun aplikasi terbabit, seorang penuntut kolej diugut pemandu terbabit dalam kejadian di sini Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun berada di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang mahu mencuba aplikasi terbabit dan secara tidak sengaja telah membuat tempahan kereta Proton Saga FLX sebelum membatalkannya.

Menurutnya, mangsa kemudian telah dihubungi pemandu e-hailing itu yang memarahinya kerana mangsa didakwa cuba membuat tempahan palsu.

“Mangsa telah menjelaskan bahawa tindakannya tidak disengajakan namun selepas tamat panggilan itu, pemandu terbabit telah menghantar pesanan WhatsApp dan mahu berjumpanya dengan segera.

“Mangsa telah bersetuju dan akan membayar RM25.50 sebagai ganti rugi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka kemudian berjumpa kira-kira jam 1.10 pagi di lobi kediaman mangsa sebelum mangsa membayar ganti rugi dan memohon maaf

Bagaimanapun, katanya, pemandu tersebut terus mengugut mangsa dengan menggunakan nama polis dan menyuruh mangsa menanggalkan pakaian.

“Pemandu terbabit juga mengugut akan membuat laporan polis sekiranya mangsa enggan berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian telah membuat transaksi secara dalam talian sebanyak RM200 selepas diarah pemandu berkenaan.

Katanya, tidak lama kemudian mangsa sekali lagi diugut untuk membayar RM2,000 dalam tempoh dua hari jika videonya menanggalkan pakaian tidak mahu disebarkan.

“Siasatan masih dijalankan dan polis dalam usaha mengesan pemandu berusia 40 tahun terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya. Sinar

Pemandu e-hailing ditahan bantu siasatan kes gaduh

Leave a Reply