Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan sentimen berhati-hati terutama menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadual berlangsung esok, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1560/1600 berbanding dolar AS ketika daripada 4.1530/1570 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata sebahagiannya ialah pendekatan tunggu dan lihat untuk dua acara penting iaitu BNM dan pilihan raya AS, yang akan menentukan berapa banyak rangsangan fiskal dan sama ada akan berlakunya perang dagangan yang baharu dengan China.

“Kedua-duanya amat penting kepada dolar AS berbanding prospek Asia untuk tahun 2021.

Suami isteri sedia makanan percuma menerusi ‘Rumah Makan Percuma’

“Pergerakan dolar boleh menyokong peningkatan perdagangan global sementara prospek Asia boleh mengembalikan atau menekan risiko geopolitik dalam mata wang Asia,” katanya.

Innes menjangkakan pengurangan 25 mata asas oleh BNM.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0383/0431 daripada 3.0427/0468 ketika ditutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3704/3777 daripada 5.3806/3866.

Ringgit lebih tinggi berbanding euro kepada 4.8376/8439 daripada 4.8470/8529 dan mengembang berbanding yen kepada 3.9689/9748 daripada 3.9757/9814 sebelumnya.

– BERNAMA

Guan Eng dakwa Muhyiddin masih berusaha untuk dapat darurat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker