Mahu merancang sendiri akhirnya wanita mengandung diusia selewat 54 tahun

Istilah ‘tutup kilang’ sering digunakan pasangan suami isteri yang merancang keluarga untuk tidak menambah cahaya mata lagi.

Bagaimanapun, masih ramai yang lebih gemar merancang sendiri sehingga berlaku kehamilan secara mengejut dan lebih parah berbadan dua dengan jarak anak sebelumnya terlalu rapat.

Mengulas situasi itu, Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi dan Fotomaternal, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Jamiyah Hassan, mengakui, ramai yang menggunakan alasan klise, umpamanya tidak mahu menolak rezeki yang datang.



“Kita kena faham amat penting untuk ada keluarga sihat dan ini mesti bermula daripada ibu bapa. Jadi anak yang dilahirkan akan mendapat penjagaan yang secukupnya.

Ini satu tanggungjawab besar, sebab itu ibu perlu merancang kehamilan dan ia bukan bermaksud kita kata, henti lahirkan zuriat. Soal kehamilan dan tambah anak ini memerlukan kerjasama dalam satu keluarga.

“Bayangkan jika ibu sebelum hamil itu sihat, tetapi kemudiannya apabila mengandung, menghadapi komplikasi seperti darah tinggi, kencing manis, alami alahan teruk seperti muntah berterusan, bagaimana dia nak uruskan keluarga?,” katanya pada Forum Perancang Keluarga di sebuah hotel, Petaling Jaya, di sini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Hadir sama, Ketua Pengarahnya, Abdul Shukur Abdullah.



Justeru, cadangan Dr Jamiyah, wanita dinasihatkan merancang untuk hamil sekurang-kurangnya dua tahun selepas melahirkan anak.

Tempoh ‘bertenang’ itu penting sebagai fasa pemulihan selepas melalui detik hamil selama sembilan bulan, melahir dan menyusukan anak.

“Ibu perlu faham, mengandung itu satu proses semula jadi. Setiap tahun wanita itu boleh mengandung jika tidak dirancang, malah pengalaman saya, ada wanita hamil ketika usia 54 tahun dan menjangkakan dia menopaus.

“Jangan ambil ringan isu komplikasi sama ada ketika hamil, ketika proses kelahiran dan selepas itu.



“Umpamanya, ketika proses kelahiran, setiap ibu akan tumpah darah. Ini terjadi kepada semua, namun ada berdepan situasi serius atau keadaannya tidak teruk,” katanya.

Selepas hamil hidap kemurungan

Selain itu, selepas fasa melahirkan anak, wanita juga ada risiko sekitar 25 hingga 50 peratus untuk mengalami masalah kemurungan, jadi semua perkara ini perlu dinilai kesannya.

 



Dr Jamiyah Hassan
Dr Jamiyah Hassan

 

Apatah lagi ada segelintir wanita yang berdepan depresi jangka panjang, ini pastinya sangat mencabar untuk suami dan ahli keluarga lain untuk ambil tugas menjaga anak dan uruskan rumah.

Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan merancang kehamilan semakin meningkat, namun masih ramai yang tidak menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga kerana bimbang akan kesan sampingannya.

“Di Malaysia, Kajian Penduduk dan Keluarga Kelima (KPKM05) pada 2014 menunjukkan kurang daripada 40 peratus yang gunakan kaedah perancang keluarga.



“Jadi usahlah bimbang mengenai kesan sampingan kerana pada masa ini terdapat banyak kaedah bagi jangka pendek dan panjang daripada pil, implan dan pemasangan alat dalam rahim.

“Kalau pakai alat dalam rahim, boleh rancang kehamilan hingga lebih 10 tahun. Jadi, saya nasihatkan supaya wanita berbincang dengan pakar perubatan atau mendapatkan konsultasi ahli farmasi mengenai kaedah sesuai,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker